Monday, April 24, 2006

manusia mungkin tidak suka berfikir a.k.a. manusia jumud II

ada apa dengan sepet dan gubra? mungkin kalau pengarahnya bernama rosyam noor atau yusof haslam, jalan ceritanya tidak dipertikaikan.

dari awal filem Sepet arahan Yasmin Ahmad mengundang kontroversi. Tapi ia berjaya meraih kutipan yang cukup memuaskan. Gubra yang tidak kurang hebatnya juga sempat 'meraih' masalah. bukan dari lpfn, tapi dari penonton. Ada juga pihak yang dengki dan mengsabotaj filem ini.

beberapa minit menonton wawancara rosyam nor dan raja azmi di rtm membuatkan saya hampir merasa malu menjadi melayu. orang melayu penuh dengan rasa dengki. orang melayu juga suka merasa 'holier-than-thou'. "akulah yang alim. akulah yang terbaik. akulah pilihan tuhan. kamu itu kotor dan hina". sepanjang rancangan itu, ramai yang menelefon dan mengatakan sepet dan gubra merosakkan bangsa. menurut saya, bangsa melayu sudah mula rosak sebaik sahaja ia didedahkan ke dunia luar sebelum zaman kesultanan melayu melaka lagi. bahasa kita dicemari kata-kata dari belanda, portugis dan inggeris. pakaian kita sudah semakin kebaratan. belum lagi masuk cara kita bergaul sehari-hari.

sepet dan gubra menghina agama. Itu kata-kata Raja Azmi. "Isteri yang solehah tidak akan membiarkan suaminya memasak di dapur," tambahnya. Mazhab mana yang diikuti oleh Raja Azmi ini? Dan siapa dia untuk berbicara tentang agama dan bangsa? Adakah filem kamu itu benar-benar memajukan bangsa? Kenapa buat filem tentang seorang pemain golf? Bukan seorang tok dalang atau pesilat? Adakah kamu sentiasa dirumah untuk menjadi isteri solehah? Kalau ya jawapannya, baguslah. Tapi kamu akan menjadi isteri yang lebih solehah jika bertudung.

Watak utama Sepet yang beragama Islam kelihatan memasuki kedai yang menjual babi. Tapi dia tidak menyentuh atau memakannya. Percayalah, babak ini boleh dikira harmless. Orang Islam sudah lama keluar masuk kedai menjual babi. Ada yang siap makan minum di situ. Tidak percaya? Bukakan sedikit sahaja mata kalian dan lihatlah, ada kebenaran yang ditonjolkan dari filem puan Yasmin. Perlukah dia dianak tirikan kerana memperlihatkan realiti? Atau adakah dia dijadikan kambing hitam kerana membuka pekong didada orang melayu?

Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang? Yasmin Ahmad merosakkan bangsa kita. Kita patut usir dia dari sini. Bakar setiap hasil karyanya. Bakar juga filem-filem 70an dan 80an yang banyak aksi 'suggestive' (mungkin semua filem yang dihasilkan pada waktu itu, kerana hampir semuanya agak suggestive dan tak kurang menunjukkan watak utama minum arak). Halau semua orang cina dan india dari sini. tidak ada golongan bukan agama islam adalah sama juga dengan negara yang bebas arak, babi dan semua perkara haram. semua wanita tidak boleh bekerja kerana mereka harus sentiasa berada dirumah dan menjadi isteri mithali. semua bahan bacaan, filem, muzik dari luar juga diharamkan. orang melayu juga tidak dibenarkan keluar dari tanah Malaysia ("yang memang milik orang melayu," kata Raja Azmi). takut kalau-kalau terpengaruh dengan budaya luar dan melupakan asal usul.

mungkin selepas itu, bangsa melayu akan menjadi bangsa yang lebih maju lagi, kerana tiada apa unsur yang dapat merosakkannya. dan raja azmi tidak perlu berdengki dengan sesiapa lagi kerana dia dan yasmin sama-sama hanya duduk dirumah dan menjadi isteri yang baik.

Wednesday, April 19, 2006

Manusia berfikiran jumud

Mood pagiku benar-benar telah terjejas mendengarkan berita itu. Dalam perjalanan ke tempat kerja di dalam kereta, aku terdengar satu berita yang menyatakan tayangan filem di Panggung P.Ramlee, FINAS akan dihentikan selama dua minggu berkuat kuasa semalam. Ini adalah kerana penayangan filem yang mengandungi babak 'lucah'. Aku sudah sedia maklum mengenai perkara ini. Gareth daripada Kaki.Kino telah pun memberitahu mengenai perkara ini pada tayangan minggu lepas. Tetapi dia berkata yang dia akan berbincang dan memberi penjelasan kepada pihak atasan mengenai perkara tersebut. Aku tidak menyangka sesi tayangan filem ini akan dihentikan begini sahaja. Too bad... Sesetengah manusia yang berfikiran jumud apabila melihat sahaja babak filem yang dikategorikan 'lucah' tersebut, mula melaporkan kepada pihak akhbar. Pihak akhbar apa lagi. Mulalah membesar-besarkan cerita. Macam dia pula yang pergi menonton filem tersebut. Cuba anda baca keratan akhbar di bawah..
___________________________________________________________________

Babak lucah ditayang di pawagam Finas?
Oleh Akmal Abdullah

BEBERAPA warga filem yang mengikuti tayangan siri filem antarabangsa pada setiap malam Rabu di Pawagam P Ramlee, di Kompleks Studio Merdeka, kesal dan marah terhadap penganjur yang tidak menapis filem berkenaan terlebih terdahulu kerana membiarkan aksi seks dan pelakon berbogel dipertontonkan kepada umum.

Babak tidak senonoh itu dikatakan bukan saja ditunjukkan dalam satu filem tetapi sudah beberapa kali ditayangkan mengikut judul tertentu sejak siri filem antarabangsa diperkenalkan pada Februari lalu, tanpa larangan sesiapa sekalipun ia ditayangkan di pawagam dalam bangunan bangunan milik kerajaan di ibu pejabat agensi perfileman nasional. Lebih memalukan, beberapa filem yang ditayang itu turut ditonton remaja belasan tahun, pelajar pusat pengajian tinggi dan sekolah yang menemani ibu bapa mereka menerusi siri tayangan filem itu yang dijadikan acara mingguan di ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).Difahamkan, semua filem yang ditayangkan di situ juga tidak pernah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Malah, pengurusan Finas juga dikatakan tidak pernah memeriksa terlebih dulu filem berkenaan sebelum ia dipertontonkan kepada umum.Sesi tayangan itu dikendalikan Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kaki Kino, iaitu grup peminat dan perunding filem artistik yang banyak merujuk filem Barat dan Asia untuk pendedahan peminat filem di negara ini.Tayangan filem berkenaan yang dibuka kepada orang ramai secara percuma dan diberi siaran publisiti termasuk menerusi internet adalah salah satu usaha mengajak peminat filem tempatan menontonnya bertujuan ‘mendedahkan filem hebat dari luar negara’.Sumber-sumber dalam industri berkata, tayangan salah satu filem berjudul Blind Shaft pada 5 April lalu jelas menunjukkan beberapa babak perlakuan pelakon berbogel dan melakukan hubungan seks yang boleh dikategorikan sebagai lucah.“Adegan lucah seperti seorang pelakon wanita berbogel dan kemudian melakukan hubungan seks tidak wajar ditayang secara terbuka seperti ini, sekalipun atas alasan mahu mengajak penonton menonton filem bermutu dan menarik dari segi artistik atau naratifnya. Apa yang jelas, babak lucah adalah haram ditayang secara terbuka kerana tayangan filem ini dibuka kepada orang ramai.“Kami berharap Finas dapat memantau kegiatan tayangan filem sebegini. Kementerian Kebudayaan Ksenian dan Warisan juga harus bertanggungjawab memastikan tidak ada pihak menyalahgunakan kemudahan dan pawagam kerajaan untuk membenarkan filem tidak bermoral ditayangkan secara terbuka.“Lebih mengecewakan, tayangan filem sebegini dianjurkan Atma iaitu satu agensi akademik dari UKM yang memperjuangkan alam, adab, budaya, pemikiran dan tamadun Melayu,” kata sumber itu.Selain Blind Shaft, iaitu filem dari China arahan Li Yang, antara babak lucah lain dan aksi bogel yang pernah ditunjukkan ialah menerusi filem Korea, berjudul Spring Summer Autumn Winter...And Spring arahan Kim ki-duk yang ditayangkan di pawagam sama pada 1 Mac lalu.Merujuk kepada risalah publisiti yang diterima Hip dan dikeluarkan Atma UKM dan Kaki Kino, antara individu yang mengendalikan urusan penayangan filem berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah Finas sendiri, Dr Wan Zawawi Ibrahim yang juga Karyawan Tamu Atma serta Gareth A Richards dari Kaki Kino.Filem Jerman papar aksi wanita tunjuk buah dadaSEORANG penonton yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mengaku turut bersama menonton semua filem berkenaan yang ditayang di Pawagam P Ramlee menerusi siri tayangan berkenaan dan mendapati memang ada babak lucah dan bogel dibiarkan tanpa potongan pada filem tertentu.“Secara undang-undang dan moral, ia nyata memang lucah dan tidak boleh ditayangkan kepada umum, apatah lagi ditayang dalam kawasan bangunan kerajaan. Selain Blind Shaft dan satu filem Korea, saya juga pernah menonton satu filem Jerman berjudul Die-untergang (The Final Day) yang mengisahkan sejarah Hitler tetapi dalam satu adegan berparti, ada babak aksi watak perempuan menunjukkan buah dada. Saya terkejut kerana filem itu tidak dipotong.“Penganjur sesi tayangan ini harus lebih bertanggungjawab dan menghantar filem berkenaan terlebih dulu untuk tapisan kepada LPF. Memang babak lucah tidak disiarkan dalam tempoh lama iaitu cuma sekitar beberapa saat tetapi ia dipaparkan secara kerap,” kata penonton itu.Seorang karyawan filem yang turut bersama menonton Blind Shat dan Spring Summer Autumn Winter... And Spring mengaku terkejut apabila babak seks secara terang diperontonkan di pawagam berkenaan dan menegur wakil penganjur kerana babak itu tidak sesuai untuk tayangan kepada orang ramai.“Tetapi teguran saya tidak diendahkan mereka. Malah, mereka beri alasan tidak perlu hantar filem berkenaan kepada LPF kerana banyak kerenah birokrasi. Saya dan beberapa kawan yang datang menonton filem pada malam berkenaan juga terasa malu dan marah apatah lagi ada remaja dan pelajar turut bersama menonton. Kami jadi tidak selesa,” katanya yang berhasrat menghantar surat aduan kepada Finas dan Atma.Pawagam P Ramlee terletak di tingkat dua ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Malaysia). Siri tayangan filem itu menyajikan judul filem asing atau filem tempatan hasil pengarah indie untuk seminggu sekali pada setiap Rabu. Untuk bulan ini, filem yang dipilih ialah Blind Shaft (5 April), The Beat That My Heard Skipped (12 April), Machuca (19 April), King’s game (26 April) dan The Big Durian (29 April).

___________________________________________________________________


Hey come on lah. What they were showing all these while is not porno. Kalau FINAS tayang filem porno ke memang patutlah kena ban pun. But this is just a scene that makes up the whole story. Mengapalah these people tak boleh berfikiran terbuka sedikit tentang perkara-perkara sebegini? Aku percaya rata-rata yang datang ke tayangan filem tersebut merupakan penggemar-penggemar filem antarabangsa yang boleh dikatakan agak maklum bagaimana bentuk filem-filem sebegini.Too bad seorang dua yang mungkin datang suka-suka untuk isi masa lapang, yang hanya selama ni tengok filem-filem Hollywood, Hindustan dan Melayu di pawagam, yang telah ditapis, terkejut tengok adegan 'lucah' tersebut di pawagam Finas. Maka mereka ini pun bertempik sana sini mengatakan FINAS tayang filem lucah. Jumudnya pemikiran manusia ini... Sampai bilalah mereka ini hendak keluar dari kepompong pemikiran yang jumud dan bersikap lebih terbuka. Adakah selepas anda menonton filem yang mengandungi adegan 'lucah' tersebut, tiba-tiba anda rasa 'turn on' dan berahi nak buat seks. Lainlah kalau tonton porno. Tapi ini bukan porno! Kita boleh buat penilaian yang mana yang baik dan yang mana buruk.
Apa-apa pun aku tak setuju kalau mereka membatalkan sesi tayangan filem mingguan ini. Ini sedikit sebanyak membunuh keinginan pihak kita untuk menonton filem-filem yang aku rasa mempunyai kualiti yang tersendiri. Filem-filem ini aku tidak rasa ia ditayangkan di pawagam kerana ia bukan commercial driven tapi lebih kepada artistic driven. Pembatalan tayangan mingguan ini akan membuktikan begitu jumudnya pemikiran mereka dan tidak terbuka serta begitu cepat membuat andaian tanpa penilaian yang sepatutnya.

Tuesday, April 18, 2006

Bicara Sang Pemerhati



Ketika aku menaki tren hari ini, aku memerhatikan keadaan sekeliling dan aku berfikir. Bagaimana keadaannya atau situasinya 10 tahun yang akan datang. Setiap manusia yang aku perhatikan disitu, rata-ratanya mempunyai telefon bimbit masing-masing. Pelbagai jenis dan jenama. Seorang dua ku lihat menggoyang-goyangkan kepala mengikut alunan muzik dari corong earpiece yang disumbat ke telinga mereka. Dan tanpa ku sedari, tren ini sendiri adalah hasil pembangunan yang begitu pesat menelan masa-masa lalu.

10 tahun yang lalu, kalau kita imbas kembali. Tidak ramai orang yang mampu memiliki telefon bimbit. Hanya orang-orang tertentu sahaja seperti ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli politik yang senantiasa 'on the move' yang mampu memilikinya. Saiznya pula sebesar batu bata. Kata orang sekarang 'Baling anjing pun mati'. Warnanya pula satu fesyen. Hitam sahaj semua. Kalau tak silap daripada ATUR dan Mobikom. Taliannya 010 dan 011. Teringat juga ada yang memakai pager bagi yang kurang berkemampuan sedikit. Rata-rata rakyat ketika itu mengharapkan penggunaan telefon awam untuk berhubung jika berada di luar. Telefon pun ada yang menggunakan syiling, ada yang menggunakan kad. Ingat lagi? Uniphonekad dan juga Telefonkad daripada Telekom. Sekarang ini walaupun rata-rata hampir semua orang mempunyai telefon bimbit namun telefon awam ini masih relevan penggunaannya. Ia masih lagi diperlukan oleh insan-insan yang dalam keadaan terdesak. Telefon kehabisan kredit atau telefon rosak. Jadi walaupun dengan kehadiran teknologi telefon bimbit yang semakin canggih ini, janganlah kita melupakan kepentingan telefon awam ini terhadap kita di masa-masa kita memerlukan.

10 tahun dahulu, nak dengar muzik ketika berada di luar? Belum ada lagi iPod, telefon bimbit berisi fail muzik dan pendrive tapi kita ada walkman. Radio kaset kecil yang boleh dibawa kemana sahaja. Kalau yang berkemampuan, mereka memiliki Discman. Walkman menggunakan kaset manakala discman menggunakan CD atau Cakera padat. Kalau dulu kena bawa kaset ke mana-mana. Sekarang masukkan sahaja fail ke dalam alat sama ada pen drive atau pun iPod. Masuk ke dalam telefon pun boleh.

10 tahun yang lepas, rangkaian pengangkutan awam hanyalah mengharapkan bas-bas mini dan juga bas-bas tambang yang lain. Itupun ada sesetengah tempat tiada akses kepada pengangkutan awam. Terpaksalah juga jalan sedikit untuk sampai ke tempat laluan bas. Kini sudah ada macam-macam. Dari LRT hinggalah ke Komuter. Perkhidmatan bas juga sudah maju. Kini semuanya dikendalikan RapidKL untuk perkhidmatan bas dalam bandar. Terkenang zaman-zaman Intrakota dulu. Zaman-zaman bas mini. Those were the days.

10 tahun yang lalu aku masih budak sekolah hingusan yang masih naif dan jahil tentang benda-benda mengarut yang banyak tersebar kini. Masih lagi belajar mengerti erti kehidupan dan masih lagi terus belajar sehingga kini. Memerhati dan mengamati. Itulah yang aku suka lakukan.Kini semakin banyak pemerhatian, semakin banyak yang aku belajar. 10 tahun tu aku rasa begitu sekejap, walaupun dalam sedar tak sedar masyarakat kita semakin pantas berubah. Tidak kiralah dari segi gaya hidup, budaya serta pemikiran. Remaja dan anak-anak sekrang lebih terdedah kepada segala perkara di luar sana dengan kehadiran internet dan juga televisyen satelit. Sedikit sebanyak mempengaruhi minda serta pemikiran mereka juga. Aku dahulu mula mengenal internet ketika usia 18 tahun. Satu usia yang agak lewat jika dibandingkan dengan anak-anak zaman sekarang. Jika difikirkan secara positif memang banyak benda yang boleh dimanfaatkan namun harus beringat pengaruh-pengaruh negatif juga tidak kurang banyaknya boleh didapati melalui internet ini.

Kesimpulannya, aku rasa ibu bapa kita merasa lagi banyak perubahan daripada kita. Iya lah, aku tak berpeluang belajar bawah lampu minyak tanah. Pergi pekan pun naik basikal sahaja. Bas masa tu entah ada atau tidak. Makan pula, mana ada McD ataupun KFC. Makanlah nasi sahaja berlaukkan ikan air tawar dan ulam sahaja. Itu baru ibu bapa kita, kalau aku cerita pasal datuk nenek lagi sedih. Makan ubi kayu je. Anyway aku bersyukur pada Allah sebab aku dilahirkan di Malaysia yang aman dan makmur ni. Well maybe ada la tak puas hati sana dan sini tapi aku tetap merasa bangga dilahirkan di negara yang bernama Malaysia ni. Aku banyak berhubung dengan rakan-rakan di luar negara seperti di Romania, Finland, Mesir, Nigeria dan beberapa tempat lagi. Rata-rata mereka lihat negara kita sebagai sebuah negara yang membangun dan bertuah kerana so far tiadalah rusuhan atau perang berlaku di negara kita ni. Alhamdulillah. .. Hopefully kita disini akan sentiasa aman le hendaknya...

Perbincangan Meja Segi Empat



"satu perjumpaan kecil-kecilan telah berlangsung untuk mewujudkan persefahaman terancang" - gambar sebelum perbincangan bermula



"aku tak fahamlah dorang nih!" - gambar selepas perbincangan tamat

Monday, April 17, 2006

Jambatan Oh Jambatan


Pak Lah telah pun mengumumkan bahawa rundingan dengan Singapura mengenai jambatan kedua yang akan menghubungkan kedua-dua negara itu dihentikan serta-merta. Ini berikutan kerana beliau bimbang rundingan tersebut akan membawa implikasi buruk terhadap negara kita pada masa akan datang. Aku rasa memang patut pun Pak Lah batalkan rundingan tersebut berdasarkan kepentingan menyeluruh dan jangka panjang negara. Memandangkan kerajaan Singapura pun begitu keras kepala dan sombong. Mereka fikir mereka hebat dan kita patut tunduk pada permintaan mereka. Selaku rakyat Malaysia, memang patut pun aku membangkang permintaan melampau daripada mereka ni.

Aku rasa memang banyak keburukannya kalau kita tunduk pada kehendak mereka. Pemberian pasir dan ruang udara pada mereka boleh mengundang seribu satu masalah. Bayangkan, selepas kita berikan pasir dan ruang udara, pelbagai permintaan susulan lagi akan diminta oleh kerajaan Singapura ni. Bak kata pepatah 'Sudah diberi betis, hendak paha pula'. Kalau dah diberi paha nak mana pulak? Pasir dan ruang udara merupakan salah satu lambang kedaulatan negara kita juga. Mana mungkin kita sesuka hati memberikan sahaja kedua-dua elemen penting dalam pembentukan sesebuah negara ataupun wilayah. Tambahan pula jika pembinaan jambatan ini diteruskan di pihak kita, ia boleh membawa implikasi undang-undang seperti permohonan injunksi yang boleh diambil oleh republik itu sekiranya projek itu hanya dijalankan oleh sebelah pihak sahaja.

Ini bukan kali pertama Singapura bersikap begini dengan negara kita. Sebelum ini isu-isu seperti isu harga bekalan air, isu Pulau Batu Putih, isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Pusat, dan hal kenaikan kadar tol, mereka menampakkan sikap ego dan sukar untuk bertolak ansur. Inilah selalunya yang menyukarkan rundingan antara negara kita dan mereka.

Semalam, aku terbaca dalam akhbar, Tun Dr. Mahathir berasa sedih dan kecewa kerana pembinaan jambatan itu tidak diteruskan. Ini adalah kerana beliau terlibat dalam projek tersebut sejak dari awal lagi. Aku rasa Tun Dr. Mahathir adalah orang yang sepatutnya memahami bagaimana karenah republik itu. Mungkin beliau dapat melihat banyak kebaikan yang akan datang jika jambtan itu dibina. Tapi apakan daya, Singapura begitu angkuh dan sombong sehingga membuat permintaan yang melampau. Aku rasa tindakan Pak lah itu mungkin ada sebabnya. Bukan sewenang-wenang sahaja dia hendak buat keputusan tersebut. Bukan sehari dua punya pemikiran tetapi telah di fikirkan dengan sebaik-baiknya dan semasak-masaknya.

Apa-apa pun aku berharap agar selepas ini langkah-langkah susulan dilakukan agar dapat menampung keperluan pengangkutan diantara dua negara ini. Salah satu contoh adalah penekanan terhadap peningkatan perkhidmatan pengangkutan awam seperti rel dan perkhidmatan bas dari JB ke Singapura. Segala aspek seperti kualiti perkhidmatan, masa kekerapan, kemudahan akses serta usaha-usaha galakan serta insentif yang akan diberikan. Selain itu, pengurangan kenderaan persendirian daripada menyeberangi Tambak Johor perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan trafik yang biasa berlaku. Bagi aku bukan sahaja kerajaan tetapi rakyat juga perlu mengubah sikap dan memberi kepentingan jangka masa panjang dan mementingkan kelangsungan dalam segala tindakan yang dilakukan.

Wednesday, April 12, 2006

Mimpiku Di Siang Hari...

Seringkali aku bertanya pada diriku sendiri, 'bilakah kiranya aku akan bergaji besar, berkereta besar dan juga rumah besar?'. Dan seringkali jugalah diriku kecewa kerana aku sedar perjalanan masih jauh. Aku masih berusaha keras untuk mencapai cita-cita yang menjulang tinggi. Masih mengejar mimpiku untuk menjadi seorang yang berjaya. Mimpi? Tak salah jika aku bermimpi. Kadang-kadang orang berjaya kerana mereka bermimpi. Asalkan jangan bermimpi seperti Mat Jenin sudahlah. Mimpi Mat Jenin membawa celaka. Mimpi Mat Jenin membawa musibah.Percayakah anda pada mimpi? Yang seringkali hadir dengan pelbagai kisah dan jalan cerita. Pelbagai watak dan juga rupa. Adakah ia hanya sekadar mainan tidur semata-mata? Atau pembawa alamat musibah atau rahmat yang akan datang? Benarkah kata-kata sang pentafsir-pentafsir mimpi kini yang datang kononnya mengatakan mereka boleh membaca nasib melalui mimpi. Sesungguhnya hanya satu perkara yang benar! Allah menentukan segalanya. Kehendak takdir adalah kehendak Allah. Mimpi hadir juga adalah kehendak Allah. Hanya Allah yang tahu maksud disebalik mimpi yang dialami. Hanya Allah yang berhak memberikan kuasa pada hambanya untuk mentafsir mimpi. Wallahuallam.Aku kagum dengan orang-orang yang berjaya merealisasikan mimpi mereka. Masyarakat Jepun adalah salah satu contoh terbaik golongan yang menggunakan mimpi mereka dengan baik dan berjaya. Jika dilihat hasil animasi ciptaan mereka, sememangnya daya imaginasi mereka sangat tinggi. Tidak terjangakau pemikiran masyarakat di sini. Dan sesungguhnya mereka jugalah yang telah menghasilkan ciptaan-ciptaan serta inovasi yang hebat serta mengagumkan. Terima kasih atas mimpi-mimpi tersebut, hidup kita lebih mudah pada hari ini.Jadi tak salah jika ingin bermimpi. Tapi jangan sampai diri dibuai dunia mimpi palsu penuh fantasi yang melekakan. Segeralah sedar dan berusaha menjadikan mimpimu satu kenyataan. Jangan bermimpi sendiri sehinggakan anda tidak berupaya untuk balik ke alam realiti lagi. Usahalah kerana hidup ini bukan sekadar mimpi. Tapi usaha dan keringat yang penting untuk meneruskan matlamat sebagai seorang hamba yang kudus.

Thursday, April 06, 2006


Gambar sekadar hiasan


Beberapa minggu lepas, ada beberapa teman rapat forwardkan link kepada photo blogs yang aku sendiri pun terkejut. Rupa-rupanya, ada satu riot besar kat KL yang tak dilaporkan oleh mana-mana media pun kat Malaysia ni. Dekat tempat aku tinggal terpampang satu banner besar mengajak rakyat memprotes keras tindakan kerajaan sebelum berlakunya kejadian. Aku sendiri tidak berapa endah walhal aku baru saja mengeluh jarum meter petrol aku dah menunjukkan E masa aku terpandang banner tersebut. (ouh, I have to admit that I have this ignorance yang aku kena get rid sebelum aku lagi hanyut :((

But anyway, I dont tend to talk bout isu petrol yang sememangnya cliche untuk didebatkan lagi pada masa ini. Kedai kopi, mamak, dalam TV (cerita sikit-sikitlah), dalam telefon, dalam YM, even mengutus surat kepada pen pal di luar negara juga isu ini menjadi isi penting. Dan ini adalah peluang terbaik bagi pihak pembangkang untuk lagi membangkang dan membakar emosi rakyat, how predictable eh.

Ok, berbalik kepada niat aku yang sebenarnya kenapa entry ini boleh tercetus (maafkan aku, aku mudah terlencong dan lari dari tajuk, sebab aku selalu bermimpi...mimpi basah sekali-sekala) Sepanjang aku mengamati foto-foto tersebut, aku menjadi kagum. Semangat begini sukar dicari. Memang semua orang boleh mengeluh, komplen, tetapi hanya seciput sahaja yang berani bangkit berbuat sesuatu.

Secara personal, aku sendiri suka memberontak. Melalui sejarah, aku pernah dilucutkan jawatan sebagai pengawas sekolah kerana aku mempertikaikan kewajiban memakai tudung ke sekolah. Tetapi itu, terlalu kecil aku kira. Kerana, selepas itu, tiada apa-apa perubahan pun yang berlaku. Aku dikecam oleh cikgu disiplin kononnya aku tidak berhak persoalkan isu itu. Bukan apa, aku tak puas hati sebab cikgu2 pun tak bertudung ke sekolah, lagi nak expect students buat seperti yang disuruh. Mana perginya "kepimpinan melalui teladan"?

Itu baru hubungan antara seorang cikgu dan pelajarnya, bagaimana pula dengan hubungan pemimpin dengan rakyatnya? Memang tersepitkan kalau kita betul2 ingin mengeskpreskan rasa jujur kita. Takut, kita mendapat impak lagi teruk ekoran perbuatan kita. (aku dah takde idea nak taip apa sebab Nikmat (Chec) duduk sebelah aku. hehhehe..later! (at least aku cukup syarat post something kat sini ok)

Monday, April 03, 2006

are you worth my clocktower?

wht is wrong with (malay?) students these days? or is it the university institution have gone bonkers. let's all raise money for a clocktower and not to better the library collection or add learning aids. clocktowers set up within campus perimeters might be able to help students get better grades in the future. hmmph.

****
http://www.mmail.com.my/Current_News/MM/Monday/National/20060403111613/Article/index_html

Erra Fazira movie to raise funds for UPM project
KUALA LUMPUR: Watch a movie and help the students — this is what you can do when you buy a ticket for the screening of Persona Non Grata on April 4 and 5.
But the movie, starring Erra Fazira and Hans Isaac, will not be shown at the cinemas as usual. It will be screened at Universiti Putra Malaysia (UPM).The two-day event is organised by the graduate students of the Advanced Public Relations class as part of their class group project and is in conjunction with the university’s silver jubilee celebration.The students hope to raise funds to help build a clock tower in UPM.Project manager Zamberi Baharin said the event is a joint effort between the Masters’ students from the Advanced Public Relations class and the undergraduate students who have organised a banner signing ceremony in the university.Persona Non Grata, which opened in cinemas nationwide on March 9, is a love story between a girl who fights to remember her past and a man who struggles to forget his past. The film begins in Bangkok when Hey (Erra Fazira), an artist who runs away from her fiancee, Sam (Fahrin Ahmad), meets with an accident and ends up with amnesia.Hey is then rescued by Ben (Hans Isaac), a fugitive wanted by Malaysian police for drug offences. Ben has lived in Bangkok for more than two years.Ben gives Hey a place to stay and takes care of her after discovering she's a Malaysian.The two fall in love but encounter many obstacles along the way. There will also be a special appearance by the lead cast, Erra Fazira and Hans Isaac, together with two other artistes, Syanie and Juju.Other cast in the movie include Nicholas Lee, Patrick Teoh, Keegan Kang and M. Rajoli. There will be three screenings over the two days and it is open to the public.Tickets are sold at RM5. For more details call Saberi at 016-3931976