Wednesday, April 12, 2006

Mimpiku Di Siang Hari...

Seringkali aku bertanya pada diriku sendiri, 'bilakah kiranya aku akan bergaji besar, berkereta besar dan juga rumah besar?'. Dan seringkali jugalah diriku kecewa kerana aku sedar perjalanan masih jauh. Aku masih berusaha keras untuk mencapai cita-cita yang menjulang tinggi. Masih mengejar mimpiku untuk menjadi seorang yang berjaya. Mimpi? Tak salah jika aku bermimpi. Kadang-kadang orang berjaya kerana mereka bermimpi. Asalkan jangan bermimpi seperti Mat Jenin sudahlah. Mimpi Mat Jenin membawa celaka. Mimpi Mat Jenin membawa musibah.Percayakah anda pada mimpi? Yang seringkali hadir dengan pelbagai kisah dan jalan cerita. Pelbagai watak dan juga rupa. Adakah ia hanya sekadar mainan tidur semata-mata? Atau pembawa alamat musibah atau rahmat yang akan datang? Benarkah kata-kata sang pentafsir-pentafsir mimpi kini yang datang kononnya mengatakan mereka boleh membaca nasib melalui mimpi. Sesungguhnya hanya satu perkara yang benar! Allah menentukan segalanya. Kehendak takdir adalah kehendak Allah. Mimpi hadir juga adalah kehendak Allah. Hanya Allah yang tahu maksud disebalik mimpi yang dialami. Hanya Allah yang berhak memberikan kuasa pada hambanya untuk mentafsir mimpi. Wallahuallam.Aku kagum dengan orang-orang yang berjaya merealisasikan mimpi mereka. Masyarakat Jepun adalah salah satu contoh terbaik golongan yang menggunakan mimpi mereka dengan baik dan berjaya. Jika dilihat hasil animasi ciptaan mereka, sememangnya daya imaginasi mereka sangat tinggi. Tidak terjangakau pemikiran masyarakat di sini. Dan sesungguhnya mereka jugalah yang telah menghasilkan ciptaan-ciptaan serta inovasi yang hebat serta mengagumkan. Terima kasih atas mimpi-mimpi tersebut, hidup kita lebih mudah pada hari ini.Jadi tak salah jika ingin bermimpi. Tapi jangan sampai diri dibuai dunia mimpi palsu penuh fantasi yang melekakan. Segeralah sedar dan berusaha menjadikan mimpimu satu kenyataan. Jangan bermimpi sendiri sehinggakan anda tidak berupaya untuk balik ke alam realiti lagi. Usahalah kerana hidup ini bukan sekadar mimpi. Tapi usaha dan keringat yang penting untuk meneruskan matlamat sebagai seorang hamba yang kudus.

1 Comments:

Blogger don se said...

Apa yang perlu dikatakan lagi. Hendak atau tidak, ataupun cukup sekadar mimpi

4:13 PM  

Post a Comment

<< Home