Thursday, April 06, 2006


Gambar sekadar hiasan


Beberapa minggu lepas, ada beberapa teman rapat forwardkan link kepada photo blogs yang aku sendiri pun terkejut. Rupa-rupanya, ada satu riot besar kat KL yang tak dilaporkan oleh mana-mana media pun kat Malaysia ni. Dekat tempat aku tinggal terpampang satu banner besar mengajak rakyat memprotes keras tindakan kerajaan sebelum berlakunya kejadian. Aku sendiri tidak berapa endah walhal aku baru saja mengeluh jarum meter petrol aku dah menunjukkan E masa aku terpandang banner tersebut. (ouh, I have to admit that I have this ignorance yang aku kena get rid sebelum aku lagi hanyut :((

But anyway, I dont tend to talk bout isu petrol yang sememangnya cliche untuk didebatkan lagi pada masa ini. Kedai kopi, mamak, dalam TV (cerita sikit-sikitlah), dalam telefon, dalam YM, even mengutus surat kepada pen pal di luar negara juga isu ini menjadi isi penting. Dan ini adalah peluang terbaik bagi pihak pembangkang untuk lagi membangkang dan membakar emosi rakyat, how predictable eh.

Ok, berbalik kepada niat aku yang sebenarnya kenapa entry ini boleh tercetus (maafkan aku, aku mudah terlencong dan lari dari tajuk, sebab aku selalu bermimpi...mimpi basah sekali-sekala) Sepanjang aku mengamati foto-foto tersebut, aku menjadi kagum. Semangat begini sukar dicari. Memang semua orang boleh mengeluh, komplen, tetapi hanya seciput sahaja yang berani bangkit berbuat sesuatu.

Secara personal, aku sendiri suka memberontak. Melalui sejarah, aku pernah dilucutkan jawatan sebagai pengawas sekolah kerana aku mempertikaikan kewajiban memakai tudung ke sekolah. Tetapi itu, terlalu kecil aku kira. Kerana, selepas itu, tiada apa-apa perubahan pun yang berlaku. Aku dikecam oleh cikgu disiplin kononnya aku tidak berhak persoalkan isu itu. Bukan apa, aku tak puas hati sebab cikgu2 pun tak bertudung ke sekolah, lagi nak expect students buat seperti yang disuruh. Mana perginya "kepimpinan melalui teladan"?

Itu baru hubungan antara seorang cikgu dan pelajarnya, bagaimana pula dengan hubungan pemimpin dengan rakyatnya? Memang tersepitkan kalau kita betul2 ingin mengeskpreskan rasa jujur kita. Takut, kita mendapat impak lagi teruk ekoran perbuatan kita. (aku dah takde idea nak taip apa sebab Nikmat (Chec) duduk sebelah aku. hehhehe..later! (at least aku cukup syarat post something kat sini ok)

3 Comments:

Blogger don se said...

Mogok satu cerita. Penyelesaian masalah ialah apa semua orang nak lihat. Memang senang untuk mempermainkan emosi namun di mana akal yang mampu menjadi tunjangnya. Daripada penilaian aku terhadap apa yang berlaku, idea mahathirlah ialah antara apa yang kita patut pakai. 'Kukuhkan nilai ringgit untuk mengatasi kenaikan harga minyak yang berpunca dari harga Dollar yang naik' .Aku tak kisah untuk mogok. Tapi aku perlu tahu tujuan kita mogok. Dan sudah tentu, siapa yang mengetuai mogok itu. Kalau mengenai demonstrasi pembangkang, adakah apa yang diaorang hujahkan, boleh kita pakai....

1:00 AM  
Blogger api_gelap said...

Jikalau mogok hanya sekadar untuk menyatakan kebencian kepada kerajaan tanpa ada objektif, lebih baik tidak perlu diadakan. Ini adalah kerana demonstrasi ini dimanipulasi oleh pihak pembangkang untuk membuktikan mereka masih mendapat sokongan rakyat.

3:46 AM  
Anonymous Anonymous said...

'direct action' bukan lah satu tindakan yang bijak_

6:21 PM  

Post a Comment

<< Home