Friday, April 11, 2008

Sayang Sufiah...

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang Sufiah Yusuf, seorang Math Genius yang pada suatu ketika dahulu adalah merupakan pelajar termuda yang berjaya masuk ke dalam Universiti Oxford, terjebak ke kancah pelacuran. Terkejut... memang terkejut. Siapa sangka keluarganya yang berlatar belakangkan golongan bijak pandai, akhirnya memilih untuk melakukan pekerjaan yang sungguh memalukan untuk menyara diri.
Aku berkesempatan untuk melungsuri laman sesawang 'News of the world' yang memuatkan wawancara eksklusif bersama Sufiah. Disamping itu juga terdapat galeri gambar-gambar hangat foto ala bintang porno di laman tersebut. Pada sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke laman sesawang ini: www.newsoftheworld.co.uk/0604_hooker.shtml
Bagi aku perkara begini memang menyedihkan. Bayangkan, seorang yang boleh dikatakan Genius tidak berupaya untuk memikirkan yang mana elok dan tidak elok untuk dilakukan. Tidak berupaya untuk membuat pilihan yang benar. Adakah patut kita menuding jari kepada ibu bapanya? Atau patutkah kita salahkan keadaan bagaimana beliau membesar? Beliau dikatakan menghadapi hari-hari sukar semasa beliau dibesarkan. Beliau dikerah dan dilatih dengan kaedah yang digunakan oleh ayahnya dan dikenali sebagai 'accelerated learning'. Beliau dikatakan menghadapi tekanan psikologi yang sangat teruk sehingga memaksa beliau melarikan diri dari Universiti semasa pengajian beliau disana. Kehidupan beliau aku lihat begitu terumbang-ambing dalam mencari arah yang beliau sendiri tidak pasti. Sebenarnya ini semua pilihan masing-masing. Siapa yang harus dipersalahkan? Senang sahaja... Bagi aku tuan yang empunya diri patut boleh menilai dan berfikir baik dan buruk pilihan yang mereka ada. Jika dunia yang kita cari maka dunialah yang kita dapat. Jika akhirat yang kita cari maka itulah jua yang akan kita kecapi.
Bagi kita yang telah dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, hendaklah kita fikirkan sebaik-baiknya sebelum kita membuat apa-apa pertimbangan. Janganlah kita hanya sekadar membuta tuli mengikut nafsu serakah. Aku bukan ingin bersyarah namun aku juga ingin mengingatkan diri sendiri ini yang sering lupa dan alpa. Maklumlah aku hanyalah insan biasa...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

entah beb, aku pun tak tahu camner nak pikir untuk orang, tapi dia patut tahu mana baik dan mana buruk, mungkin sama cam manusia lain, kita sama ada lupa atau buat-buat lupa.

-don se

7:13 PM  
Blogger Unknown said...

Ya...pilihan masing-masing. Mungkin, pada masa ini itu adalah yang terbaik untuk dia. Esok mungkin lain. Maklumlah, dia hanya manusia biasa.

7:40 PM  

Post a Comment

<< Home