Kehidupan...Dalam Cahaya Separa Gelap
Siang dan senja silih berganti,
Angin mungkin kan lena, alam mungkin kan menari,
mencipta seribu ketenangan dan keindahan.
Tiada apa yang hilang,
Segalanya tersimpan dalam cahaya separa itu.
Nikmatilah ia sementara terang,
kerana jika kau terdorong ke cahaya terang itu,
kau akan kehilangan arahmu.
Dan Senja itu kan berlalu membawa dirinya dan menghilang.
Maka teruskanlah kehidupanmu dalam cahaya separa itu,
bukan lagi sebagai selimutmu,
tetapi sebagai kafanmu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home