Sunday, October 08, 2006

AKU seorang TONTO...

Alkisah, tersebutlah kisah, seorang aku yang telah genap sebulan bekerja di sebuah institusi peminjam wang berlesen, duduk sendirian terfikir mengenai masa depannya. Hmmmm..... betulkah apa yang aku lakukan ini? Dia berfikir sendirian. Dia teringat semasaa lawatannya ke cawangan-cawangan bank yang dikunjungi pada minggu lepas, rata-rata pegawai disitu bertanya ' Mahalnya kadar faedah produk ini. Ini dah lebih daripada Along!'. Aku pun dengan segala kemahiran berkata-kata yang telah dikurniakan Tuhan kepadanya memberi sebab kerana kita ingin mengimbangi requirement yang rendah dan juga risiko yang akan kami tanggung. Dan sejauh ini, aku terlepas dengan alasan tersebut. Aku memang akui, organisasi tempat dia bernaung sekarang memang mendapat banyak keuntungan daripada produk ini. Tapi adakah adil jika mereka mengambil kesempatan terhadapa golongan-golongan yang terdesak ini? Lalu aku puin berfikir? Ya memang patut.... Bukan salah ku tetapi mereka pun patut di[ersalahkan kerana Tuhan telah mengurniakan akal fikiran untuk berfikir. Kalau rasa pinjaman tu mahal tak payahlah pinjam dengan kami, kalau rasa along lagi selamat. pinjamlah dengan along. Ko ingat senang nak dapat pinjaman sekarang? Dengan gaji korang tu bank mana-mana pun tak lepas tau kalau nak buat pinjaman..... Hmmmm.... Sempena dengan bulan Ramadhan bulan yang mulia ini aku ingin berdoa Semoga Tuhan ampunkan dosa-dosaku. Amin... -Habis-

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hey, you are that shylock, right?

8:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

Yes, I AM THE SHYLOCK!! HERE'S YOUR POUND OF FLESH!!! HAHAHAHAHAH

7:18 AM  

Post a Comment

<< Home