Thursday, October 05, 2006

Posto Posto

Kepada kroni Api Gelap sekalian, ahli-ahli MC224, budak-budak broadcasting yang tersasar dan teman-teman seperjuangan ku yang dikasihi...

Pada 15 Oktober, 2006 bersamaan dengan 22 Ramadan, hari Ahad, akan diadakan sambutan berbuka puasa di rumah aku yang 'aman'.

Tolong jangan berharap sesiapa untuk masak, kerana pada hari tersebut, konsep yang akan diketengahkan adalah 'pot luck'. Oleh itu, kalo sesiapa yang ingin memakan kari kepala ikan Lotus, tolong bawak sendiri. Sebab, sudah pasti aku tidak akan menghidangkan kari, kerana aku sendiri tidak makan kari.

Adalah digalakkan hadir sejam sebelum waktu berbuka. Sekurang-kurangnya, kalau lauk tidak cukup, kita boleh tapau ayam golek dekat Kerinchi, atau pun, beli sedozen bungkus Maggi dekat 7 Eleven depan rumah aku yang 'aman'.

Kemungkinan, kain telekung atau kain pelikat tidak cukup untuk menampung mereka-mereka yang ingin solat Maghrib atau sebagainya, sila bawa kain keperluan sendiri. Jangan risau, bilik air disediakan.

Aku akan mentanak nasik putih, dan memandangkan aku host pada tahun ini, aku mendapat privilege untuk tidak membeli lauk yang best-best untuk dihidangkan kepada tetamu jemputan. Oklah, aku bancuh air oren untuk korang, mengikut citarasa aku. (Sirap atau sirap bandung tidak akan disediakan).


Sebarang pertanyaan, bolehlah sms atau call saja terus. Jimat sikit bill aku. Sebarang soalan peribadi, tidak akan dilayan.

Hanya orang-orang tertentu sahaja yang layak menghadirkan diri. Bukan semua dijemput hadir.

Kindly RSVP your attendance before Friday the 13th, to avoid any unconvenience circumstances for instance: short of pinggan mangkuk, short of tempat duduk etc. Khemah tak akan dipasang, this is exclusive for 20 kepala sahaja.


Yang ikhlas meng'host',
Rina Jainal



Turut mengundang,
Luqman Mohd Hatta
Ceti yang bakal berjaya

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Apa signifikannya majlis itu diadakan di rumah kau Rina? aku tau ini mesti kau nak save budget kan? Kau tak payah bayar apa2 kecuali duit nasi je.... HAHAHAH apa2 la janji kita semua bahagia... Selamat Berbuka Puasa ye kepada siapa yang berpuasa dan kpeada yang tak puasa selamat Buat Dosa!

10:02 AM  
Anonymous Anonymous said...

oit rina... so far ada la beberapa orang yang dah confirm.. dalam 12 orang. Ok tak?

7:20 AM  

Post a Comment

<< Home