Tuesday, April 18, 2006

Bicara Sang Pemerhati



Ketika aku menaki tren hari ini, aku memerhatikan keadaan sekeliling dan aku berfikir. Bagaimana keadaannya atau situasinya 10 tahun yang akan datang. Setiap manusia yang aku perhatikan disitu, rata-ratanya mempunyai telefon bimbit masing-masing. Pelbagai jenis dan jenama. Seorang dua ku lihat menggoyang-goyangkan kepala mengikut alunan muzik dari corong earpiece yang disumbat ke telinga mereka. Dan tanpa ku sedari, tren ini sendiri adalah hasil pembangunan yang begitu pesat menelan masa-masa lalu.

10 tahun yang lalu, kalau kita imbas kembali. Tidak ramai orang yang mampu memiliki telefon bimbit. Hanya orang-orang tertentu sahaja seperti ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli politik yang senantiasa 'on the move' yang mampu memilikinya. Saiznya pula sebesar batu bata. Kata orang sekarang 'Baling anjing pun mati'. Warnanya pula satu fesyen. Hitam sahaj semua. Kalau tak silap daripada ATUR dan Mobikom. Taliannya 010 dan 011. Teringat juga ada yang memakai pager bagi yang kurang berkemampuan sedikit. Rata-rata rakyat ketika itu mengharapkan penggunaan telefon awam untuk berhubung jika berada di luar. Telefon pun ada yang menggunakan syiling, ada yang menggunakan kad. Ingat lagi? Uniphonekad dan juga Telefonkad daripada Telekom. Sekarang ini walaupun rata-rata hampir semua orang mempunyai telefon bimbit namun telefon awam ini masih relevan penggunaannya. Ia masih lagi diperlukan oleh insan-insan yang dalam keadaan terdesak. Telefon kehabisan kredit atau telefon rosak. Jadi walaupun dengan kehadiran teknologi telefon bimbit yang semakin canggih ini, janganlah kita melupakan kepentingan telefon awam ini terhadap kita di masa-masa kita memerlukan.

10 tahun dahulu, nak dengar muzik ketika berada di luar? Belum ada lagi iPod, telefon bimbit berisi fail muzik dan pendrive tapi kita ada walkman. Radio kaset kecil yang boleh dibawa kemana sahaja. Kalau yang berkemampuan, mereka memiliki Discman. Walkman menggunakan kaset manakala discman menggunakan CD atau Cakera padat. Kalau dulu kena bawa kaset ke mana-mana. Sekarang masukkan sahaja fail ke dalam alat sama ada pen drive atau pun iPod. Masuk ke dalam telefon pun boleh.

10 tahun yang lepas, rangkaian pengangkutan awam hanyalah mengharapkan bas-bas mini dan juga bas-bas tambang yang lain. Itupun ada sesetengah tempat tiada akses kepada pengangkutan awam. Terpaksalah juga jalan sedikit untuk sampai ke tempat laluan bas. Kini sudah ada macam-macam. Dari LRT hinggalah ke Komuter. Perkhidmatan bas juga sudah maju. Kini semuanya dikendalikan RapidKL untuk perkhidmatan bas dalam bandar. Terkenang zaman-zaman Intrakota dulu. Zaman-zaman bas mini. Those were the days.

10 tahun yang lalu aku masih budak sekolah hingusan yang masih naif dan jahil tentang benda-benda mengarut yang banyak tersebar kini. Masih lagi belajar mengerti erti kehidupan dan masih lagi terus belajar sehingga kini. Memerhati dan mengamati. Itulah yang aku suka lakukan.Kini semakin banyak pemerhatian, semakin banyak yang aku belajar. 10 tahun tu aku rasa begitu sekejap, walaupun dalam sedar tak sedar masyarakat kita semakin pantas berubah. Tidak kiralah dari segi gaya hidup, budaya serta pemikiran. Remaja dan anak-anak sekrang lebih terdedah kepada segala perkara di luar sana dengan kehadiran internet dan juga televisyen satelit. Sedikit sebanyak mempengaruhi minda serta pemikiran mereka juga. Aku dahulu mula mengenal internet ketika usia 18 tahun. Satu usia yang agak lewat jika dibandingkan dengan anak-anak zaman sekarang. Jika difikirkan secara positif memang banyak benda yang boleh dimanfaatkan namun harus beringat pengaruh-pengaruh negatif juga tidak kurang banyaknya boleh didapati melalui internet ini.

Kesimpulannya, aku rasa ibu bapa kita merasa lagi banyak perubahan daripada kita. Iya lah, aku tak berpeluang belajar bawah lampu minyak tanah. Pergi pekan pun naik basikal sahaja. Bas masa tu entah ada atau tidak. Makan pula, mana ada McD ataupun KFC. Makanlah nasi sahaja berlaukkan ikan air tawar dan ulam sahaja. Itu baru ibu bapa kita, kalau aku cerita pasal datuk nenek lagi sedih. Makan ubi kayu je. Anyway aku bersyukur pada Allah sebab aku dilahirkan di Malaysia yang aman dan makmur ni. Well maybe ada la tak puas hati sana dan sini tapi aku tetap merasa bangga dilahirkan di negara yang bernama Malaysia ni. Aku banyak berhubung dengan rakan-rakan di luar negara seperti di Romania, Finland, Mesir, Nigeria dan beberapa tempat lagi. Rata-rata mereka lihat negara kita sebagai sebuah negara yang membangun dan bertuah kerana so far tiadalah rusuhan atau perang berlaku di negara kita ni. Alhamdulillah. .. Hopefully kita disini akan sentiasa aman le hendaknya...

1 Comments:

Blogger Unknown said...

aku suka sekali jika kita duduk, dan perhatikan perubahan sekeliling kita. Kita bermula dari mana, berakhir di mana. For this entry Luq, i've found it really worthful...rather than talking bout politics shit hehehe.

Yes, I'm with you man..such a safe country...(yeah.. tooo safe and boring)

6:24 PM  

Post a Comment

<< Home