manusia mungkin tidak suka berfikir a.k.a. manusia jumud II
ada apa dengan sepet dan gubra? mungkin kalau pengarahnya bernama rosyam noor atau yusof haslam, jalan ceritanya tidak dipertikaikan.
dari awal filem Sepet arahan Yasmin Ahmad mengundang kontroversi. Tapi ia berjaya meraih kutipan yang cukup memuaskan. Gubra yang tidak kurang hebatnya juga sempat 'meraih' masalah. bukan dari lpfn, tapi dari penonton. Ada juga pihak yang dengki dan mengsabotaj filem ini.
beberapa minit menonton wawancara rosyam nor dan raja azmi di rtm membuatkan saya hampir merasa malu menjadi melayu. orang melayu penuh dengan rasa dengki. orang melayu juga suka merasa 'holier-than-thou'. "akulah yang alim. akulah yang terbaik. akulah pilihan tuhan. kamu itu kotor dan hina". sepanjang rancangan itu, ramai yang menelefon dan mengatakan sepet dan gubra merosakkan bangsa. menurut saya, bangsa melayu sudah mula rosak sebaik sahaja ia didedahkan ke dunia luar sebelum zaman kesultanan melayu melaka lagi. bahasa kita dicemari kata-kata dari belanda, portugis dan inggeris. pakaian kita sudah semakin kebaratan. belum lagi masuk cara kita bergaul sehari-hari.
sepet dan gubra menghina agama. Itu kata-kata Raja Azmi. "Isteri yang solehah tidak akan membiarkan suaminya memasak di dapur," tambahnya. Mazhab mana yang diikuti oleh Raja Azmi ini? Dan siapa dia untuk berbicara tentang agama dan bangsa? Adakah filem kamu itu benar-benar memajukan bangsa? Kenapa buat filem tentang seorang pemain golf? Bukan seorang tok dalang atau pesilat? Adakah kamu sentiasa dirumah untuk menjadi isteri solehah? Kalau ya jawapannya, baguslah. Tapi kamu akan menjadi isteri yang lebih solehah jika bertudung.
Watak utama Sepet yang beragama Islam kelihatan memasuki kedai yang menjual babi. Tapi dia tidak menyentuh atau memakannya. Percayalah, babak ini boleh dikira harmless. Orang Islam sudah lama keluar masuk kedai menjual babi. Ada yang siap makan minum di situ. Tidak percaya? Bukakan sedikit sahaja mata kalian dan lihatlah, ada kebenaran yang ditonjolkan dari filem puan Yasmin. Perlukah dia dianak tirikan kerana memperlihatkan realiti? Atau adakah dia dijadikan kambing hitam kerana membuka pekong didada orang melayu?
Jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang? Yasmin Ahmad merosakkan bangsa kita. Kita patut usir dia dari sini. Bakar setiap hasil karyanya. Bakar juga filem-filem 70an dan 80an yang banyak aksi 'suggestive' (mungkin semua filem yang dihasilkan pada waktu itu, kerana hampir semuanya agak suggestive dan tak kurang menunjukkan watak utama minum arak). Halau semua orang cina dan india dari sini. tidak ada golongan bukan agama islam adalah sama juga dengan negara yang bebas arak, babi dan semua perkara haram. semua wanita tidak boleh bekerja kerana mereka harus sentiasa berada dirumah dan menjadi isteri mithali. semua bahan bacaan, filem, muzik dari luar juga diharamkan. orang melayu juga tidak dibenarkan keluar dari tanah Malaysia ("yang memang milik orang melayu," kata Raja Azmi). takut kalau-kalau terpengaruh dengan budaya luar dan melupakan asal usul.
mungkin selepas itu, bangsa melayu akan menjadi bangsa yang lebih maju lagi, kerana tiada apa unsur yang dapat merosakkannya. dan raja azmi tidak perlu berdengki dengan sesiapa lagi kerana dia dan yasmin sama-sama hanya duduk dirumah dan menjadi isteri yang baik.

7 Comments:
excellent ili. way to go. that talk show last night made my blood boil but the worst part was finding out the amount of people who truly believe that gubra is a bad movie for displaying reality as it is and now how the govt. portrays m'sia to be.
raja azmi should be shot. i almost fell out of my chair when she uttered those inane lines. does she really believe that kind of righteous bullshit? or is her bottomless envy of another woman who is way smarter, way more talented and WAY WAAAAY more classy have something to do with it? she made that crap called Cinta Seratus Ela didnt she? dear gosh. and she still has the guts to on public tv?
Aku pun begitu malu sebab raja azmi dan akmal abdullah bercakap menggunakan emosi tanpa berlandaskan pengetahuan. Ini ditambah pula dengan statement David Teo mengatakan budaya akan menjadi warisan dan filem sepet dan gubra akan merosakkan warisan. Yang akhirnya menyebabkan aku bertanya, layakkah 'felem'2 David ini dijadikan warisan? Please....
One more thing, Raja Azmi tu duduk rumah masak untuk suami dia all the time ke? Mmmm... look who's talking. lagi satu,Dia cakap rakyat Malaysia tak payah di tunjukkan lagi yang mereka adalah masyarakat berbilang kaum. Tapi dia sendiri tak faham sebab dia buat statement 'Tanah Melayu milik orang Melayu' Apa cerita?
Memang betul dangkal le pemikiran orang2 macam Raja Azmi dan Akmal Abdullah ni.
Bukan dangkal lagi dah. It's downright racist. Kepada Raja Azmi, negara kita ni bukan Tanah Melayu lagi, sekarang nama kita Malaysia. Kalau nak sangat hidup di Tanah Melayu, pergi panggil balik British suruh jajah kita balik. Dan agaknya Rashid Sidek tak pakai baju dan scene nyanyi2 ala Hindustan dalam Cinta 100 Ela tu memang 'Islamic' habis lah kan. Mesti tak hina Islam kalau macam tu. Tak tutup aurat pun takpe, bukannya menghina Islam. Scene yang menunjukkan orang Islam boleh terima budaya dan cara hidup orang lain tanpa mengkompromi budaya dia sendiri (macam masuk kedai ada jual babi, tapi TAK MAKAN babi) memang tak Islamic kan? Lagi bagus kalau scene tu tunjukkan orang Islam tu marah dan kutuk orang Cina sebab makan babi, sebab kotor. Orang Islam lagi pandai dan 'betul' sebab tak makan benda kotor macam babi. Kita Melayu/Islam lagi bagus, superior. Macam itulah baru Malaysia kita sekarang kan? Macam tu lah baru Malaysia di mata Raja Azmi, dan Akmal Abdullah. Cerita Melayu tunjuk orang Islam minum arak dan seks bebas takpe, tapi masuk kedai ada jual babi, tapi TAK MAKAN babi tak boleh, perosak budaya. Sebab tu lah Mat2 Rempit tak kisah minum arak dan main2 seks luar nikah. Janji tak makan babi kan. Makan babi tu dosa besar habis!! Minum arak takpe, sebab makan babi jadi darah daging, minum arak jadi air kencing je. Raja Azmi for Prime Minister!! Yeah!!
aku missed forum tu la, tapi aku ada encounter beberapa link bercakap mengenai filem nih
hmmm...perasaan hasad dengki di kalangan Melayu ni memang lahiriah. Sejarah melayu dah tunjuk, tapi kebangangan itu sendiri yang menguasai diri. Si Leman dengki dengan si Polan. Hasut orang-orang kampung itu ini. Sememangnya, aku malu dengan orang-orang kita sendiri. Tak payah cakap psl filemlah, kerja dalam satu ofis pun boleh tunjuk kebangangan yang nyata disebabkan perangai dengki ni saja. Hasut pekerja-pekerja Melayu lain supaya menjatuhkan pekerja Melayu yang lagi satu, kerjanya dengan orang Cina. Orang Cina tengok, gelak.
Bagi aku, nak tempelak hasil kerja orang lain, tapi hasil kerja sendiri seperti sampah ataupun memang sampah, baik tak payah.
Semua orang setuju Castello boleh menjadi role model yang baik untuk Mat Rempit?
Semua orang setuju Mami Jarum menunjukkan pekerti yang baik? Mahu bicara soal haram, tapi soal moral tolak tepi. Aku cuba menerima pandangan semua pihak, dan aku juga cuba menghadam apa yg Faisal Tehrani dah tulis. Memang, ada sesetengah plot aku kurang setuju untuk dimasukkan. Tapi tolonglah wahai penggiat2 filem sekalian, apa filem kamu hasilkan itu sudah cukup indah kah untuk dijadikan panduan?
http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/04/gubra-yang-sesat-lagi-menyesatkan.html
p/s - ouh ya, kes ini mengingatkan aku tentang satu kisah teladan. Mengenai saudara kita ni yang tidak bersetuju dengan sahabatnya yang mahu menjalinkan hubungan cinta dengan seorang perempuan yang baru dikenal rapat. Dia menentang keras sampai keluar statment yg sudah tidak berasas. Antara bait-bait itu, "Kenapa ko bodoh sangat nakkan perempuan tu? Macam aku tak tau dia tu macamana!!" (mengeluarkan tona suara seperti perempuan itu jijik, walhal saudara kita ini cukup terkenal 'main' dengan macam2 perempuan)..amboi amboi...
This comment has been removed by a blog administrator.
''Kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita, tapi tidak satu pun yang kekal baik dunia atau agama kita''
-petikan seorang ahli falsafah
Post a Comment
<< Home