Tuesday, April 08, 2008

Seketika Menyepi... Kini Kembali...


Sudah beberapa lama aku menyepi dari menyumbangkan sesuatu didalam blog ini. Aku kira sejak dari bulan Januari yang lalu adalah kali terakhir aku mengemaskini blog ini. Dalam pada itu juga, pelbagai perkara telah berlalu dan perkara-perkara ini memanggil aku kembali untuk mengekspresikan sesuatu ke dalam blog ini.

8 Mac lalu adalah satu tarikh yang aku kira agak penting dalam sejarah negara Malaysia ini. Pilihanraya Umum yang ke 12 telah pun diadakan. Barisan Nasional seperti biasa dengan jentera gergasinya bertungkus lumus untuk mempromosi atau mewar-warkan kehebatan dan sumbangan pembangunan yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Di dada dada akhbar galak menyatakan sokongan tidak berbelah bagi pemimpin-pemimpin BN menyataklan keyakinan mereka untuk memenangi pilihanraya umum kali ini. Penganalisis-penganalisis politik yang aku kira kurang neutral dan bersikap berat sebelah juga meramalkan bahawa BN akan mengulangi sekali lagi kejayaan mereka pada tahun 2004 yang lalu. Tapi sesungguhnya tatkala keputusan pilihanraya telah diumumkan satu persatu, jelas bahawa rakyat telah membuat pilihan di luar jangkaan. Pada malam 8 Mac itu, aku setia menunggu di hadapan kaca TV (saling bertukar saluran antara RTM 1, TV 3 dan Astro Bernama TV) untuk mendapatkan keputusan yang terkini. Keputusannya sugguh mengejutkan... Satu persatu keputusan yang diumumkan aku kira sangat-sangat di liar jangkaan. Nama-nama besar atau apa yang mereka gelar 'incumbent' seperti Dato' Seri Samy Vellu, Sharizat, Zainuddin Maidin dan beberapa nama lagi, tumbang tersungkur dengan muka-muka baru di dalam dunia politik. Keesokan harinya, aku mendapatkan akhbar The Star untuk melihat keputusan penuh bagi pilihanraya tersebut. Jelas beberapa negeri telah sah jatuh ke tangan pembangkang seperti Kedah, Kelantan (memang telah ku jangka), Pulau Pinang, Selangor dan Perak juga. Bagi aku ini adalah satu senario yang agak menarik kerana buat pertama kalinya parti Barisan Nasional tidak lagi menang dengan 2/3 majoriti. Mereka terpaksa berpuas hati dengan kemenangan dengan majoriti mudah sahaja.
Sesetengah pihak berpendapat ini adalah hanya satu tanda protes rakyat kepada pihak kerajaan Barisan Nasional dan bukannya benar-benar sokongan kepada parti pembangkang. Tapi aku kira ini adalah salah satu peluang bagi pihak pembangkang untuk membuktikan kemampuan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih mantap, bersih serta maju. Oooppsss... pembetulan.. aku kira aku tidak boleh menggunakan PEMBANGKANG sekarang kerana mereka telah jadi pemerintah. Oklah PAKATAN RAKYAT.
Aku tidak ingin mengulas lebih lanjut tentang negeri lain, tapi fokus aku sekarang lebih tertumpu kepada kerajaan Selangor serta MB barunya, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana aku anak jati Selangor. Sudah pasti aku ingin melihat Selangor maju serta menjadi lebih matap di bawah pengurusan dan pemerintahan kerajaan baru ini. Beliau aku lihat seorang yang berpengalaman dalam bidang korporat sebelum ini dan diharap dengan pengalamannya itu dapat menjadikan Selangor lebih maju dan pada masa sama membela nasib rakyatnya tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda. Aku lihat barisan exco yang baru dibentuk juga boleh dikatakan mantap dengan kehadiran golongan profesional dan banyak pengalaman dalam badan-badan NGO.
Apa-apa pun aku lihat ini satu permulaan yang bagus bukan sahaja untuk rakyat Selangor tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Gelombang kebangkitan suara rakyat atau apa yang mereka katakan sebagai 'Makkal Sakti' telah benar-benar menunjukkan betapa dahsyat implikasinya kepada pihak Barisan Nasional yang selama ini yang saya kira agak overconfident. Mungkin telah tiba waktunya untuk pihak Barisan Nasional bermesyuwarah serta mahasabah kembali apakah kekurangan atau sebab pengundi2 tidak menjadikan mereka sebagai parti pilihan. Jangan asyik menuding jari menyalahkan sesama sendiri serta berusaha menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan masing-masing. Ingatlah bahawa tanpa sokongan rakyat, anda tidak ada apa-apa. YOU ARE NOTHING...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home