Friday, March 23, 2012

Resusitasi Catatan Sesawang

Sudah berkurun ditinggalkan, kini aku kembali berusaha menghidupkan percik-percik api gelap yang kian malap ditelan zaman. Telah lama ditinggalkan, pelbagai peristiwa telah dilalui dan selama itulah perubahan terjadi. Yang pasti umur semakin meningkat, tanggungjawab juga bertambah, rezeki Alhamdulillah bertambah dan pengalaman juga semakin banyak membuatkan diri menjadi lebih matang daripada dahulu.
Kata sepakat akan di war-warkan kepada kroni-kroni yang lain agar bersama-sama menyemarakkan kembali Catatan sesawang ini agar sentiasa menyala. Kepada Gadis Ditepi Tingkap, Penulis akhbar jumud Malaysia, pengikut hedonis hadhari tegar dan bekas bimbo terkemuka ----> marilah kita warnai semula catatan sesawang ini dengan rona-rona kelam dan malap demi kesejahteraan negara Satu ini.
Ini adalah salah satu usaha aku selaku pengerusi tetap api gelap untuk menyatakan bahawa ini adalah percikan pertama untuk catatan sesawang dan diharapkan kroni-kroni lain akan dapat sama-sama terlibat dalam memercikkan lagi api-api kegelapan kalian. Terima Kasih!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home